SYARAT-SYARAT
POLIGAMI DALAM ISLAM
Bahawa beberapa
ulama, setelah meninjau ayat-ayat tentang poligami, mereka telah menetapkan
bahawa menurut asalnya, Islam sebenamya ialah monogami. Terdapat ayat yang
mengandungi ugutan serta peringatan agar tidak disalah gunakan poligami itu di
tempat-tempat yang tidak wajar. Ini semua bertujuan supaya tidak terjadinya
kezaliman. Tetapi, poligami diperbolehkan dengan syarat ia dilakukan pada
masa-masa terdesak untuk mengatasi perkara yang tidak dapat diatasi dengan
jalan lain. Atau dengan kata lain bahawa poligami itu diperbolehkan oleh Islam
dan tidak dilarang kecuali jikalau dikhuatirkan bahawa kebaikannya akan
dikalahkan oleh keburukannya.
Jadi, sebagaimana
talaq, begitu jugalah halnya dengan poligami yang diperbolehkan kerana hendak
mencari jalan keluar dari kesulitan. Islam memperbolehkan umatnya berpoligami
berdasarkan nas-nas syariat serta realiti keadaan masyarakat. Ini bererti ia
tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya demi untuk mencapai kesejahteraan
masyarakat Islam, demi untuk menjaga ketinggian budi pekerti dan nilai kaum
Muslimin.
Oleh yang demikian,
apabila seorang lelaki akan berpoligami, hendaklah dia memenuhi syarat-syarat
sebagai berikut;
1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;
"Maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan
(lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah
an-Nisak ayat 3)
Ayat di atas
menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin
tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak
beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
Pembatasan ini juga
bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat
sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri,
diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula
wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang
isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan
lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.
2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada
tali persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin
dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik
sebelah ayah mahupun ibu.
Tujuan pengharaman
ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga.
Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Sesungguhnya kalau
kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di
antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kemudian dalam hadis
berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini, maksudnya;
Bahawa Urnmu Habibah
(isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka beliau
menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis riwayat Bukhari dan Nasa'i)
Seorang sahabat
bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau memberitahu
kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik. Maka
Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan
yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak
beradik ini di dalam Islam.
3. Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah
(SWT);
"Kemudian jika
kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka
(kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang
kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah
an-Nisak ayat 3)
Dengan tegas
diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami.
Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri,
cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil,
cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku
adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.
Para mufassirin berpendapat
bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil
terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara
mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:
a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.

Adil di antara
isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak
ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Barangsiapa
yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya
dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan
datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)
i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;

"Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah
ar-Ruum ayat 21)
Andaikan suami tidak
bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan
dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan
pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak
Nabi Adam sampai ke anak cucunya.
Firman Allah (SWT)
dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa
berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)."
c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan,
pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

Keadilan juga sangat
dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang
yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat
memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan
rasa dendam di antara sesama isteri.
Sesungguhnya kalau
diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri,
nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan
itu dengan sewajarnya.
Bersikap adil dalam
hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu
tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang
berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal
kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak
berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.
Hal ini sesuai dengan
apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;
"Dan kamu tidak
sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun
kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu
cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu
sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung
(di awang-awang)."
Selanjutnya Siti
'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;
Bahawa Rasulullah
(s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara
isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah
kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku
dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan
milikku."
Menurut Prof. Dr.
Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan
poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah
an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau
dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang
dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu
merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah.
Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya
kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu
tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."
Kemudian Prof. Dr.
T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua
ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun
tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."
"Adil yang
dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk
dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai.
Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar
percaya dapat berlaku adil."
Selanjutnya beliau
menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya
terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong
kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun
condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap
individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa
kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.
Afif Ab. Fattah
Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam
ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal
pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat
tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai
suami isteri."
4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak
akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana,
diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua
pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang
berpoligami pada saat itu adalah berdosa.
5. Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan
dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.)
bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian
pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka
hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah
berpuasa."Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh
setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan
nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak
digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh
itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang
isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang
orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib
sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri
secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan
perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.Kesimpulan dari maksud
kemampuan secara zahir ialah;
i) Mampu memberi nafkah asas seperti pakaian dan makan minum.
ii) Mampu menyediakan tempat tinggal yang wajar.
iii) Mampu menyediakan kemudahan asas yang wajar seperti pendidikan dan
sebagainya.
iv) Sihat tubuh badannya dan tidak berpenyakit yang boleh menyebabkan
ia gagal memenuhi tuntutan nafkah zahir yang lain.
v) Mempunyai kemampuan dan keinginan seksual.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar